Selasa, 26 Juli 2016

apabila wanita muslimah jatuh cinta

"Apa bila wanita muslimah jatuh cinta"



wanita muslimah
Wanita muslimah jatuh  Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka
ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada
senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada
perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

   Ketika wanita muslimah jatuh cinta, yang mereka
rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan
cinta yang tidak lagi suci
 
    Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah
arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang
mulai sakit.

Ketika wanita muslimah jatuh cinta, bukan harapan
untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang
ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari
orang tersebut.
Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah
kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang
mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun
mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

  Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,
kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi
memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu
teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa
itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia
harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika wanita muslimah jatuh
cinta, kerana yang ada adalah penderitaan . Tetapi
saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu.
Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok
pembatas antara kau dan dia.
Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak
tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan
akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik
kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya
padaNya.
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam
hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan
cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan
bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah
kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun
usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak
menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian
bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang
mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-
baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang wanita
muslimah

                (dan wanita baik yang lain)
           telah hanyut dan rosak dalam cinta
                           dunia.. :(

Tidak ada komentar:

Posting Komentar